Friday 3 February 2017

ISU-ISU NEGATIF PERKAUMAN DIMALAYSIA PERLU DIBENDUNG UNTUK MENGELAKKAN MASALAH PERHUBUNGAN ETNIK DAN KAUM


DUA 6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TAJUK:
ISU-ISU NEGATIF PERKAUMAN DIMALAYSIA PERLU DIBENDUNG UNTUK MENGELAKKAN MASALAH PERHUBUNGAN ETNIK DAN KAUM

NAMA AHLI KUMPULAN:

1.MUHAMMAD ASYRAF HAFIZ BIN JUSOH(12DEE14F2006)
2.MUHAMAD FAQIH BIN ROMELI(12DEE14F2008)
3.MUHAMMAD IKHRAM HAFIZH BIN CHE HARUN(12DEE14F2005)
4.SHAHRUL FIRDAUS BIN RAZAK(12DEE14F2999)

PENSYARAH:
SALMI BINTI MOHD

KELAS: DEE5A

KEJUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK




PENGENALAN

Malaysia ialah salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum. Berdepan dengan hubungan etnik dan cabarannya. Untuk memahami persoalan hubungan kaum dan cabarannya,persoalan latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembawaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami. Hubungan kaum yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, dan kaum. Persoalan hubungan kaum perpaduan amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Perpaduan amat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian kaum. Namun krisis yang berlaku pada tahun 1969 (Peristiwa 13 Mei) mencerminkan rakyat Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat negara ini dalam mewujudkan perlembagaan sebagai  undang-undang tertinggi negara Malaysia.




KANDUNGAN

1
PENGENALAN

2
KANDUNGAN

3
OBJEKTIF

4
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA MASALAH NEGATIF PERKAUMAN

5
KESAN-KESAN TERCETUSNYA RUSUHAN ETNIK

6
CARA-CARA MENGATASI

7
KESIMPULAN

8
RUJUKAN

9
LAMPIRAN






OBJEKTIF

1.Memupuk semangat patriotisme dalam diri sendiri dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini. Bak kata perpatah "bersatu teguh, bercerai roboh.

2.Menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum.

3.Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.




Punca-Punca Berlakunya Masalah Negatif  Perkauman.


Latar belakang pendidikan yang berbeza

            Semasa dasar penjajahan British, Tanah Melayu tidak mempunyai sistem pendidikan yang jelas, penjajah British tidak mengambil peduli tentang dasar pendidikan yang lahir di Tanah Melayu, mereka hanya mengambil berat dan memajukan sekolah aliran Inggeris dengan pelbagai kemudahan prasarana yang serba sempurna. Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada sifat perkauman diantara ketiga-tiga etnik ini semakin menebal. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara kaum. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, sukatan pelajaran serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar dan sebilangan orang melayu yang terdiri daripada pembesar atau kerabat diraja.

 Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan Universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan.


Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa Orang Melayu

            PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun, hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Malaysia

             Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.


Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

       Disebabkan oleh dasar  “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum. contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan  kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja  sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.


Perbezaan Agama dan Budaya Malaysia

        Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, Kaum cina beragama Buddha,  LaoTza,  Taoisme,  Conficius  manakala  kaum  India  beragama Hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga  mempunyai  kebudayaan  yang  tersendiri.  Masalah  perpaduan  ini bukannya  bermula  disebabkan  agama  lain  tetapi  akibat  dari  sikap  jahil terhadap  agama-agama  lain  hingga  banyak  perkara  yang  dilakukan secara  tidak  sengaja  telah  menyinggung  emosi  penganut  agama  lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.




Kesan-kesan Tercetusnya Rusuhan Etnik.

Kesan Sosial

Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.

Kesan Ekonomi

Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum , kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.  

Kesan kepada Integriti dan Imej Negara

Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik Negara dimana ia akan jelas menunjukkan Negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip Demokrasi.




PERISTIWA KEKECOHAN DI PLAZA LOW YAT

KUALA LUMPUR: Kekecohan di Plaza Low Yat tersebar di laman sosial seolah-olah berunsur perkauman sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai sedangkan hakikatnya ia bukanlah seperti yang disangkakan.
Kejadian di premis komputer riba dan telefon bimbit di gedung teknologi maklumat (IT) itu pada mulanya hanya kes curi telefon bimbit dan pekerja di situ telah menangkap orang yang disyaki pencurinya, tetapi dakwaan di media sosial mengakibatkan ia merebak menjadi isu besar.
Seorang daripada pekerja di situ yang hanya ingin dikenali sebagai Ila, 27, berkata jika berlaku sebarang kejadian kecurian, menjadi kebiasaan pekerja premis tanpa mengira kaum dan pengawal keselamatan akan sama-sama menahan suspek.
"Pada hari kejadian (Sabtu), pekerja premis berhampiran kedai terbabit hanya membantu untuk menahan suspek selepas pekerjanya menjerit berlaku kecurian.
Ketika itu tidak kira pekerja Melayu, Cina atau India memang membantu untuk menahan suspek.
"Tetapi apa yang tersebar di laman sosial sehingga dikaitkan dengan unsur perkauman apabila terdapat video seolah-olah lelaki Melayu dipukul sekumpulan lelaki Cina. Sewaktu kejadian susulan, pekerja Melayu sedang berbuka puasa dan hanya pekerja Cina sahaja yang ada sebab itu kelihatan seolah-olah pekerja Cina memukul beberapa remaja Melayu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Kecewa dengan pelbagai cerita yang tersebar di laman sosial, Ila berkata perkara itu ternyata mengeruhkan lagi keadaan sehingga menjejaskan operasi di plaza berkenaan.
"Orang di luar sana mungkin tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi memberi reaksi, komen dan menyebarkan cerita seolah-olah mereka ada di sini," katanya.
Beliau berkata berdasarkan prosedur operasi standard di situ, sekiranya pelanggan berasakan mereka terbeli barangan tiruan atau tertipu, mereka seharusnya membuat laporan kepada pihak pengurusan untuk tindakan susulan.
"Memang kalau ada pelanggan buat aduan terbeli barang tiruan, pihak pengurusan akan mengambil tindakan dan tidak akan membenarkan peniaga terbabit menjalankan operasi. Sebelum ini terdapat aduan bahawa premis menjual komputer riba tiruan dan premis itu telah diarahkan tutup serta-merta," katanya.
Meluahkan perasaan sama, seorang lagi pekerja di situ yang ingin dikenali sebagai Vincent, 24, berkata mereka memang saling membantu sekiranya berlaku kes kecurian.
"Kedai di sini berhampiran jadi mana-mana pekerja premis yang boleh menahan suspek apabila suspek melalui premis mereka, mereka akan tahan," katanya.
Bagi William, 30-an, pula kejadian itu membuatkan dia berasa bimbang untuk memakai baju rasmi pekerja Plaza Low Yat walaupun mengikut etika sekiranya pekerja tidak memakainya, mereka akan didenda RM200 sehari.
Sabtu lalu, berlaku insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu kepada polis, lanjutan daripada itu, rakan lelaki terbabit menghubungi rakan-rakannya lain lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai terbabit yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM70,000.
Pada Ahad, dianggarkan beratus-ratus orang berkumpul di hadapan plaza itu sejak 8 malam, dipercayai rakan kepada lelaki yang ditahan polis itu sehingga berlakunya pergaduhan yang berlarutan ke awal pagi.
Sehingga kini polis menahan 25 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat itu.



CARA-CARA MENGATASI


Persepakatan diantara Kaum

Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan melebihi 28.25 juta penduduk .Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera Melayu meliputi 50.4%, Cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah kaum-kaum bumiputera bukan Melayu dan lainlain. Sejak mengecapi kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana negara menyaksikan rusuhan kaum yang dahsyat sehingga negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan diantara kaum bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali” .Perpaduan antara semakin menyerlah dari semasa ke semasa sejak dari peristiwa berdarah tersebut sehingga kini.


Bahasa dan Cara Berkomunikasi

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan ataupun bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu, bahasa rasmi tersebut berperanan sebagai satu pipe saluran yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan lancar. Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain. Jika kita kurang teliti dan jika kita tidak berhati-hati, berkemungkinan warga kita akan berpecah-belah dan mewujudkan fahaman agama yang ekstrim.


Saranan dan pengaruh daripada ibubapa

Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di Malaysia, maka mereka akan memberi fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa yang lain di Malaysia. Hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dicapai.



Program dan polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan

Setiap warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir program dan polisi nasional yang dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana dan bertanggungjawab. Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia sejati, berpegang kepada prinsip menjunjung langit di tempat bumi dipijak. Program pendidikan sebagai contohnya yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin masa hadapan warga muda dan warga muka dan tidak harus sama sekali dipolitikkan, program pendidikan dan polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak dan memporakperandakan negara Malaysia.





KESIMPULAN

Tuntasnya, topik yang dibincangkan iaitu “Malaysia: Persepakatan diantara kaum”, kita dapat melihat dimana banyak masalah akan timbul jika tidak wujudnya persepakatan padu di antara kaum. Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan sejak 59 tahun lalu, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan peristiwa Kekecohan di Plaza Low Yat haruslah diambil sebagai pengajaran dan iktibar dalam mewujudkan persepakatan diantara kaum. Semua masyarakat haruslah berganding bahu dalam membantu mewujudkan Negara yang harmoni. “Malaysia Truly Asia”. Hubungan etnik yang utuh sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan luar. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelelsaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik.




SUMBER DAN RUJUKAN:

1.  http://c4-bmpengurusan.blogspot.com/
2.  http:wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhanmalaysia/konflik-      etnik-dan-ras/
3.  http://www.slideshare.net/jass388/peristiwa-13-mei
4.  http://www.scribd.com/doc/21216903/Pengajian-Malaysia
5.  http://yazidothman.com/content/view/87/12/
6.  http://www.scribd.com/doc/36207764/Hubungan-Etnik-Integrasi-Dan-Menangani-Cabaran.
7.  http://news.faisunan.com/search/karangan-langkah-mengatasi-rusuhan-kaum/
10.http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-di-plaza-low-yat-kecewa- 
       kes-curi-telefon-dijadikan-isu-perkauman-65875




LAMPIRAN


PERISTIWA 13 MEI




KECOH PLAZA LOW YAT




















1 comment: